Wednesday, 25 November 2009

Buku: Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara



Tulisan Sofi Yassin

Terbitan Kerajaan Rakyat

Harga: RM30

M/S: 230

Dari Kerajaanrakyat.com

Salaam semua Pengunjung dan Penitip Bicara Minda Kerajaan Rakyat yang saya kasihi.

Apa yang termasuk dalam ramuan sebuah perjuangan adalah menuntut kesabaran, keta’akulan, perancangan, kesefahaman dan pengorbanan. Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” daripada regim UMNO yang rakus, zalim dan kejam ini walaupun getir dan penuh dengan ranjau berduri tetapi kejayaan yang sukar telah semakin hampir.

Walau apapun jika kita tersilap satu langkah, padahnya amat parah.

Perjuangan ini bukan untuk DAP.
Perjuangan ini bukan untuk PAS.
Perjuangan ini bukan juga untuk KeADILan.

Ini adalah perjuangan RAKYAT demi meleraikan rantai yang mencengkam kita sejak lebih 52 tahun lalu.

Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah inspirasi pemimpin dan individu tertentu yang prihatin terhadap penderitaan RAKYAT dan kasihkan kepada negara kita, Malaysia yang tercinta.

Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan regim zalim UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah samada terlepas atau dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing. Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini.

- Singapura hilang dari peta negara
- Pulau Batu Putih diberi percuma kepada Singapura
- Hasil balak dirompak ikut selera mereka
- Hasil minyak dijoli ikut nafsu mereka
- Anak-anak hilang dipandang enteng
- Pendidikan dan perubatan diperdagangkan oleh kroni mereka
- Rakyat dicukai, wang Rakyat mereka tibai

Saudara yang saya kasihi,

Demi menapak dan mengukuhkan perjuangan ini, Kerajaan Rakyat telah menaskahkan sebuah catatan: “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”.

Buku yang mengandungi 230 muka surat ini membongkar dan mendedahkan siapakah pengkhianat sebenarnya..!!!

Terkandung di dalamnya huraian dan penjelasan yang tiada dikabarkan oleh semua akhbar arus perdana. Tertitip juga di dalamnya penjelasan pimpinan RAKYAT yang prihatin terhadap permasalahan RAKYAT. Dipapar penjelasan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang situasi politik negara bangsa. Dicatat komentar dari ‘Penitip Bicara Minda’ di lelaman Kerajaan Rakyat.com.

Buku ini diharap bakal menjadi penyambung bicara minda untuk disampaikan ke seluruh pelusuk negara.

Saudara yang saya kasihi, saya pohon jasa dan bakti kalian untuk dapatkan naskah ini dan sampaikan kepada saudara, jiran dan keluarga semasa balik berhari raya nanti.

Kerajaan Rakyat mengalu-alukan sokongan kalian sebagai bakti dan bukti perjuangan luhur kalian untuk mengedarkan seberapa banyak naskah yang terdaya. Hubungi kami melalui email: kerajaan.rakyat@gmail.com untuk kaedah mendapatkan naskah ini.

Kerajaan Rakyat merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua PENITIP BICARA MINDA di lelaman ini kerana banyak titipan kalian yang telah kami muatkan dalam “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”

Salaam Takzim. Salaam Perjuangan.

2 comments:

  1. Takkan puji ajer kot, buleh beli.

    ReplyDelete
  2. buku yg pasti merenggangkan lg ukhwah ummah...perjuangan rakyat lah kononya ni?ana akan tahu apa itu perjuangan rakyat yg sebenarnya bila duduk bersama-sama org yg betul2 memperjuangkan tanah air ini lebih daripada isi kandungan buku ini..setiap apa yg kerajaan sedia ada buat dari merdeka sehingga sekarang adalah kesilapan.kesilapannya sebab gagal menerangkan kpd rakyat mcm anda apa itu erti syukur berada di bumi msia ini..isu myk,balak,pendidikan itu lah yg tanpa anda sedar seburuk2 apa yg ada dlm buku ini cuba smpaikan kpd pembacanya, telah melahirkan insan2 seperti kalian...xsalah jd pembangkang tapi biarlah menampkkan keikhlasan dlm perjuangan.

    ReplyDelete